kembara85's FotoPage -  - Fotopages.com
Untitled
<description>Assalamualaikum,
Sudah lebih seminggu aku tak update fotopages ni. Dah lama tak keluar tangkap gambar jadi takdelah gambar2 baru. Esok aku akan memulakan pengembaraan ke Spain. So sbl aku pergi aku ingat nak letaklah sesuatu dlm fotopages ni supaya taklah lama sgt tak berupdate. 
Yang ada pun cuma gambar2 lama yang di'rejuvenate' semula dengan sedikit olahan digital. Gambar ni aku pernah guna untuk entry sbl ni. Jadi sesiapa yg sudah tengok entry sbl ni mungkin perasan gambar ni. Gambar yg ditangkap semasa pengembaraan aku di England.
Untuk gambar ni aku tukar langitnya dengan langit yang lebih menarik. Main2 dengan colour balance dan action 'Dave Hill' yang aku jumpa dlm forum FMDC. Terima kasih kepada sape yg uplode action tu.
Gambar kedua ni pula ialah gambar bas mainan Double Decker yg aku beli di London. Ditangkap dgn menggunakan Sigma 17-70 macro. Penggunaan free transform dan typografi. 
Terima kasih atas feedback yang diberikan selama ni. Sebagai orang baru dlm dunia fotografi, aku berasa sgt gembira. Dengan komen2 yg diberikan Insyaallah aku akan cuba perbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.</description>
Asas belajar ialah meniru
<description>Assalamualaikum...
Tamat sudah penderitaan buat sementara waktu ni bila exam dah habis...Alhamdulillah.  Dan sekarang ialah masa untuk relax. Bila dah tak tahu nak buat apa, mulalah buka ps. Godek2 stok, ada gambar menarik untuk diedit. Untuk editing kali ni, aku skali lagi cuba untuk menghasilkan photomanipulation seperti Rarindra Prakarsa. 
Dalam belajar, perkara asas yang kita praktikkan ialah meniru. Sepertimana seorang bayi yang diajar oleh ibunya untuk bercakap, melalui peniruan kata2 ibunya dia belajar. Itulah yang aku cuba praktikkan disini. Dengan meniliti karya2 Rarindra, aku cuba untuk meniru teknik2nya. Sepertimana yang sebelumnya, aku menggunakan teknik dodge and burn, kabus dihasilkan dengan menggunakan berus pada opacity yang rendah, pengubahsuaian pada colour balance, selective colour dan saturation serta penggunaan typografi. Istimewanya karya kali ini, aku selitkan imej lain ke dalam imej utama kemudian aku lakukan adjusment supaya ia benar2 'masuk' ke dalam imej utama. Imej tersebut ialah imej Yoda yang tidak asing bagi peminat starwars.
Sekarang ni aku cuti 2 bulan. Tak balik Malaysia. Buat masa ni masih lepak kat rumah. Insyaallah 31 haribulan ni aku dengan 2 orang kawan akan mengembara ke Spain. Lepas tu aku akan cari kerja. Kalau dapat kerja aku kerja kalau tak dapat aku duduk rumah menganggur atau pergi lah merayau mana2.
Selamat menikmati hasil karya kali ini. Sebarang cadangan pembaikan adalah sangat dialukan.
Wasalam. :-D 
Relax, take it easy
<description>Dalam pada demam peperiksaan melanda seluruh Germany, aku masih sempat bermain2 dengan ps...haha. Saja hilangkan tension study. Lagipun ada gambar menarik yang aku tangkap sabtu lepas. Gambar2 di Asian Markt atau dlm bahasa melayunya Pasar Malam Asia. 
Sepertimana namanya, pasar malam ini dikendalikan oleh orang2 asia yang menetap di bandar Nuremberg ni. Besar jugaklah pasar malam tu. Ramai yang datang termasuklah orang jerman sendiri. Nampak sungguh minat mereka pada budaya asia pada hari tu. Malaysia pun ada stall sendiri. Tapi bukan student malaysia yang buat. Seorang cina yang aku x kenali. Ada satu hidangan tu namanya Langkawi Spezial. Babi pun ada jual....haha. Kami tak makanlah dekat stall tu. Tapi kami makan dekat stall orang Indonesia, kawan baik kami juga kat sana. Dapatlah merasa rendang daging, sate, gado2, murtabak dan macam2 lagilah. 
Tak banyak sangat gambar yang aku tangkap hari tu. Tak pandailah nak tangkap gambar orang ramai2. Bila nak tangkap rasa segan dan was2. Takut pula kalau orang tak suka. Aku masih tak tahu sangat tentang etika fotografi ni.Jadi kenalah berhati2 sikit. Pasar malam macam ni boleh jadi peluang untuk buat duit. Bayangkanlah sepinggan nasi dengan rendang saja berharga 4 euro, bersamaan 20 ringgit. Nak kata sedap sangat tu, biasa sajalah. Bolehlah buat lepas geram. Raya tahun ni pun aku tak balik.
Tengah pening kepala pasal next exam, aku terdengar satu lagu yang selalu housemate aku mainkan. Tajuk lagu tu Relax, Take It Easy nyanyian Mika. Aku tak taulah lagu ni selalu dimainkan dekat radio Malaysia atau tak. Nak kata sedap sangat takdelah, tapi bolehlah. Pulak tu kena dengan timing musim2 exam ni. Kalau rasa nak dengar klik la dekat link tu. 
http://profile.imeem.com/zYrERw/music/Bn2V7-si/relax/
-Thanks kepada semua yang letak komen
-to ayusafura: Ada keinginan gak nak bukak stall tapi clash dengan exam week...huhu....maybe next year</description>
koleksi musim bunga
<description>Baru lepas exam pagi tadi. Alhamdulillah dapat buat dengan baik. Harap2 aku dapat lulus. Paper tu pun lulus gagal je. Next exam will be on next Tuesday, which means 7 days from now. 
Untuk rehat2kan otak aku pun main dengan photoshop. Teringat pula gambar2 lama yang aku tangkap waktu musim bungan hari tu. Aku pun gabung2kanlah menjadi kolaj yang tak seberapa ni. Lama jugalah masa yang aku ambil untuk buat benda ni. Adalah  dalam 3 jam. Maklumlah aku ni masih kurang mahir dengan photoshop. Leceh sikit sebab nak kena crop and resize utk dapatkan gambar kecil2 tu.
So sudi2lah tengok gambar tu. Senang2 letakkan lah komen korang.
-Terima kasih kepada kepada semua yang komen.
-To Bro Alchemist, thanks for the link. Memang gempak giler editing 100 jam tu. Nak buat satu kuda je pakai 8 ekor kuda. :-O
-To Husaini: Saya asal Taiping tapi skang belajar di Nuremberg, Jerman 
-TQ bro kenitra 
-To kak intan. Kat Kamunting actually. Kat Kg Expo. Ramai kak bebudak dari perak yang blajo kat sini
-To bro marashido: Ramai student malaysia, mungkin pernah jumpa dia tapi tak perasan </description>
Rarindra Prakarsa
<description>Esok nak exam, tapi aku masih boleh bermain dengan ps. Apa nak jadi ni. Entahlah, semenjak dua menjak ni aku begitu asyik bermain dengan ps. Baru buat satu soalan, buka ps, tengok flickr macam2 lagilah. Nak kata dah confirm boleh jawab esok tak juga.
Aku tertarik dengan karya2 seorang photographer bernama Rarindra Prakarsa dari Indonesia. Cara beliau memanipulasi sesuatu gambar begitu mengkagumkan. Beliau memiliki stail editing yang tersendiri. Ramai yang teruja dengan karyanya itu da cuba untuk meniru gayanya termasuklah aku.
Sudah lama aku mengkaji dan mencuba teknik2 untuk mendapatkan gambar sepertinya. Namun cubaan aku gagal belaka sehinggalah aku terbaca suatu forum yang membincangkan salah satu daripada hasil karyanya di photo.net. Di situ jugalah beliau telah mendedahkan kaedah yang digunakan. Tidak sangka, kaedah yang digunakannya amat mudah sekali. Hanya menggunakan dodge and burn di samping pengubahsuaian pada colour balance dan saturation. Dan cara yang sama telah aku aplikasikan untuk menghasilkan karya aku kali ini. Mungkin hasilnya tidak begitu memberangsangkan seperti hasil Rarindra tetapi bagi aku aku telah belajar sesuatu daripadanya. Mungkin dengan lebih banyak latihan akhirnya aku akan menjadi sepertinya.
Bagi sesiapa yang ingin melihat hasil kerja Rarindra dengan lebih dekat lawati http://photo.net/photodb/member-photos?user_id=2231437&include=all
Gambar asal
-Terima kasih semua yang bagi komen.
-Actually nak buat gambar ni xdelah susah sangat. Cuma guna dodge n burn. Pastu brush pada opacity yang sgt rendah utk buat kabus. Tukar selective colour. Tambah sedikit efek diffusion. Tapi lama juga masa yang diambil.
-Kabus tu nampak x real sebab x rata. Mungkin kalau pakai gradient tool lebih realistik.
-To Desa: Actually takde tutorial spesifik berkenaan kaedah yang digunakan oleh rarindra sendiri. Tapi adala forum yang membincangkannya seperti link di bawah. Dalam forum tu rarindra ada memberitahu serba sedikit cara2nya. Selamat mencuba
http://www.photo.net/bboard/q-and-a-fetch-msg?msg_id=00IxFh&tag=200612090812
Lega
<description>Alhamdulillah, lega sungguh rasanya apabila tugasan programming yang patut aku hantar esok sudah selesai. Mujurlah tugasan kali ini hampir sama dengan tugasan tahun2 sebelumnya. Bolehlah dijadikan rujukan. Bila program yang dibuat berfungsi, gembira dan puas rasa hati. Mana taknya, banyak masa dihabiskan, serabutnya tak terkata.
Aku pun tak sangka yang seorang jurutera mekanikal akan terlibat dengan benda ni. Selama ni aku ingat, jurutera mekanikal hanya bekerja dengan mesin2. Rupa-rupanya lebih dari itu. Menjadi seorang jurutera mekanikal memerlukan aku untuk mahir dengan bidang perkomputeran yang mana aku 'kurang' sedikit.
Untuk entry kali ni, aku letakkan gambar2 hdr yang telah aku buat. Gambar2 tu aku buat agak2 2 bulan lepas waktu aku belajar2 nak hasilkan hdr.
Gambar angsa yang ditangkap dekat tasik yang berhampiran dengan rumah.
Gambar kenang-kenangan sewaktu acara BBQ peringkat Nürnberg.
Gambar di sebatang jalan di Manchester. Lupa nama jalan. Ada gambar rakan yang bawa beg.
Pemandangan dari tingakap bilik aku. HDR digabungkan dengan Orton.
Grill
<description>Assalamualaikum...
Sambil bosan2 menelaah Thermodynamic aku pun pun buka photoshop memandangkan ada idea baru sampai. Ahad lepas budak2 MARA segenap Bayern telah berkumpul beramai2 bagi memeriahkan acara BBQ tahunan dan untuk kali ni, Augsburg sekali lagi menjadi tuan rumah. Ramai yang hadir dan ramai juga yang tak dapat hadir. Maklumlah peperiksaan hanya tinggal beberapa minggu saja lagi, masing2 sibuk dengan persediaan, konon-kononnyalah.
Daripada acara tu banyak jugalah gambar yang aku peroleh. Tapi kebanyakannya bukan aku yang tangkap, kawan aku Fuad dari Rosenheim yang tangkap. Aku pula sibuk makan, yalah datang lambat punya pasal. Dia pula berminat sungguh bermain dengan dslr. Gayanya macam nak sambar satu.
Jadi, daripada gambar2 yang ada tu, timbullah idea untuk menghasilkan kolaj yang belum pernah aku hasilkan sebelum ini. Berbekalkan serba sedikit ilmu berkenaan dengan layer dan sebagainya, aku pun mulalah menghadap photoshop. Akhirnya terhasillah kolaj yang pertama. Tak tahulah nak kata cantik ke tak. Tapi bagi aku 'bolehlah' sebagai cubaan yang pertama. 
Sekarang aku bukalah kepada sesiapa yang nak beri komen. Insyaallah dengan komen2 yang diberi, aku dapat buat yang lebih baik di masa hadapan. :-> </description>
Dave Hill
<description>Entah mengapa aku menjadi begitu rajin untuk bermain dengan photoshop. Walhal terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Exam pun tinggal 3 minggu saja lagi. Mungkin kerana terlalu bosan mengadap tugasan programming yang perlu aku hantar Isnin depan. Mana tidaknya, berjam2 aku duduk di depan komputer memikirkan macam mana nak siapkan tugasan tu tapi tak juga siap2. Aku tak berapa suka sangat dengan programming ni.
Cadangnya nak bermain2 dengan CS2 sekadar untuk rehatkan otak sebentar, alih-alih berjam2 pula jadinya. Tambahan pula aku baru belajar satu efek menarik daripada Dave Hill. Dave Hill tu nama orang yang menghasilkannya. Kaedah yang sebenar aku sendiri pun tak tahu, tapi aku terjumpa tutorial untuk menghasilkannya melalui photoshop. So, apa lagi, terus aku mencubanya. Aku bandingkan hasil yang aku peroleh dengan hasil daripada Dave Hill, ternyata jauh bezanya. Tapi sekurang-kurangnya hampir menyerupai dan aku puas hati.
Sesiapa yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat hasil efek ini bolehlah melawat ke laman web http://www.davehillphoto.com.</description>
Entry pertama
<description>Inilah entry pertama daripada aku. Setelah sekian lama memiliki sebuah akaun fotopages, akhirnya baru sekarang aku berkesempatan untuk meletakkan hasil karyaku yang tak seberapa. Maklumlah orang baru belajar. Sebenarnya aku lebih gemar menggunakan Flickr memandangkan lebih mudah untuk muatnaik gambar. 
Aku bercadang untuk khaskan fotopages ni kepada gambar2 yang telah diedit. So, terimalah hasil pertama daripada aku.
Gambar ni ditangkap sewaktu aku berkunjung ke UK dengan rakan2. Cuaca yang mendung benar2 menghadkan aku daripada mendapatkan pemandangan yang cantik. So aku edit gambar ni sesedap hati. Ini pula Stonehenge yang aku "hdr"kan.