Entah mengapa aku menjadi begitu rajin untuk bermain dengan photoshop. Walhal terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Exam pun tinggal 3 minggu saja lagi. Mungkin kerana terlalu bosan mengadap tugasan programming yang perlu aku hantar Isnin depan. Mana tidaknya, berjam2 aku duduk di depan komputer memikirkan macam mana nak siapkan tugasan tu tapi tak juga siap2. Aku tak berapa suka sangat dengan programming ni.
Cadangnya nak bermain2 dengan CS2 sekadar untuk rehatkan otak sebentar, alih-alih berjam2 pula jadinya. Tambahan pula aku baru belajar satu efek menarik daripada Dave Hill. Dave Hill tu nama orang yang menghasilkannya. Kaedah yang sebenar aku sendiri pun tak tahu, tapi aku terjumpa tutorial untuk menghasilkannya melalui photoshop. So, apa lagi, terus aku mencubanya. Aku bandingkan hasil yang aku peroleh dengan hasil daripada Dave Hill, ternyata jauh bezanya. Tapi sekurang-kurangnya hampir menyerupai dan aku puas hati.
Sesiapa yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat hasil efek ini bolehlah melawat ke laman web http://www.davehillphoto.com.
Excellent job you did. Seriously.
3 questions:
1) You know Dave Hill's work? Obviously . Awesome ! Cause he's my fav !
2) Could I have the tutorial link, please .
3) Is that you bro?
Asalamualaikum safwan, sebenarnya, tiada effect yang di namakan Dave Hill, dave hill adalah saorang photographer sahaja dan mungkin bukan dia yang mengedit gambar2 nya itu.. terlalu ramai photographer kat States applied editing yang so called, Dave hill effect..
cuba tgk link2 ni.. :
www.themanipulator.com
www.fiscusphoto.com
www.sachawaldman.com
www.andrzejdragan.com
www.blairbunting.com
and my fav..
www.mullerphoto.com
PAGE ENGKO MEMANG MELETUP...TEMPAT ENGKO SHOT PON LETUP-LETUP GAK...AKU SUKA TEKNIK NIEH....LEPAS AKU BUKAK PAGE ENGKO NIEH...AKU TERUS TRY WAT....TAPI AKU RASA MCM TAK MENJADIK JEK...APA PANDANGAN ENGKO?....OK KE TAK OK?...KALO TAK OK...CUBA KASIK TUNJUK AJAR SIKIT...SAYA BUDAK BARU BELAJAR...
kewl giler effect nie. nampak detail. aku ada apply gak effect nie dalam editing aku tp aku x brapa gemar la sgt touching sampai jadi cam dave hill style. nampak dah jd plastic. tp yg ko buat nie cun. detail. gud job bro