Want your
own Fotopage?








 
kembara85's FotoPage

By: safwan ghazi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Monday, 30-Jul-2007 20:37 Email | Share | | Bookmark
Untitled

 
 
Assalamualaikum,

Sudah lebih seminggu aku tak update fotopages ni. Dah lama tak keluar tangkap gambar jadi takdelah gambar2 baru. Esok aku akan memulakan pengembaraan ke Spain. So sbl aku pergi aku ingat nak letaklah sesuatu dlm fotopages ni supaya taklah lama sgt tak berupdate.

Yang ada pun cuma gambar2 lama yang di'rejuvenate' semula dengan sedikit olahan digital. Gambar ni aku pernah guna untuk entry sbl ni. Jadi sesiapa yg sudah tengok entry sbl ni mungkin perasan gambar ni. Gambar yg ditangkap semasa pengembaraan aku di England.

Untuk gambar ni aku tukar langitnya dengan langit yang lebih menarik. Main2 dengan colour balance dan action 'Dave Hill' yang aku jumpa dlm forum FMDC. Terima kasih kepada sape yg uplode action tu.



Gambar kedua ni pula ialah gambar bas mainan Double Decker yg aku beli di London. Ditangkap dgn menggunakan Sigma 17-70 macro. Penggunaan free transform dan typografi.


Terima kasih atas feedback yang diberikan selama ni. Sebagai orang baru dlm dunia fotografi, aku berasa sgt gembira. Dengan komen2 yg diberikan Insyaallah aku akan cuba perbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

SalaM AidiLfitRi drp http://mamatt.fotopages.com ...saLah dan siLap HaRap diMAaFi.SeMoGa LeBaRAn ini meMBeri seRiBu eRTi bUAt diRi daN keLuaRGa. Mon 8-Oct-2007 13:47
Posted by:mamatt  - [Link]
wooo..gila lawa editing...kipidap bro. Tue 25-Dec-2007 09:19
Posted by:odows  - [Link]
waaahhhhhaaaaaa
mmg cun ROL tu
Fri 15-Feb-2008 15:27
Posted by:Mamantaro@sweetMoments  - [Link]
View all 37 comments Add comment


Saturday, 21-Jul-2007 21:08 Email | Share | | Bookmark
Asas belajar ialah meniru

 
 
Assalamualaikum...

Tamat sudah penderitaan buat sementara waktu ni bila exam dah habis...Alhamdulillah. Dan sekarang ialah masa untuk relax. Bila dah tak tahu nak buat apa, mulalah buka ps. Godek2 stok, ada gambar menarik untuk diedit. Untuk editing kali ni, aku skali lagi cuba untuk menghasilkan photomanipulation seperti Rarindra Prakarsa.

Dalam belajar, perkara asas yang kita praktikkan ialah meniru. Sepertimana seorang bayi yang diajar oleh ibunya untuk bercakap, melalui peniruan kata2 ibunya dia belajar. Itulah yang aku cuba praktikkan disini. Dengan meniliti karya2 Rarindra, aku cuba untuk meniru teknik2nya. Sepertimana yang sebelumnya, aku menggunakan teknik dodge and burn, kabus dihasilkan dengan menggunakan berus pada opacity yang rendah, pengubahsuaian pada colour balance, selective colour dan saturation serta penggunaan typografi. Istimewanya karya kali ini, aku selitkan imej lain ke dalam imej utama kemudian aku lakukan adjusment supaya ia benar2 'masuk' ke dalam imej utama. Imej tersebut ialah imej Yoda yang tidak asing bagi peminat starwars.

Sekarang ni aku cuti 2 bulan. Tak balik Malaysia. Buat masa ni masih lepak kat rumah. Insyaallah 31 haribulan ni aku dengan 2 orang kawan akan mengembara ke Spain. Lepas tu aku akan cari kerja. Kalau dapat kerja aku kerja kalau tak dapat aku duduk rumah menganggur atau pergi lah merayau mana2.

Selamat menikmati hasil karya kali ini. Sebarang cadangan pembaikan adalah sangat dialukan.

Wasalam.


nice digital manipulation! Mon 30-Jul-2007 15:23
Posted by:mr. jeff mezzaforte  - [Link]
::: this is AWESOOMMMEE very2 good editing cuuunn laa
::: in the same time kelakar [hehehe].. boleh tiru editing mcm nih
~ supeerbb
Sat 8-Sep-2007 08:38
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
salam wbt...wah...mengancamnyer...bole ajar xmcm mn nk wat tue... Tue 18-Sep-2007 16:24
Posted by:drshahrizan drshahrizan@yahoo.com  - [Link]
View all 42 comments Add comment


Thursday, 12-Jul-2007 20:27 Email | Share | | Bookmark
Relax, take it easy

 
 
 
View all 6 photos...
Dalam pada demam peperiksaan melanda seluruh Germany, aku masih sempat bermain2 dengan ps...haha. Saja hilangkan tension study. Lagipun ada gambar menarik yang aku tangkap sabtu lepas. Gambar2 di Asian Markt atau dlm bahasa melayunya Pasar Malam Asia.

Sepertimana namanya, pasar malam ini dikendalikan oleh orang2 asia yang menetap di bandar Nuremberg ni. Besar jugaklah pasar malam tu. Ramai yang datang termasuklah orang jerman sendiri. Nampak sungguh minat mereka pada budaya asia pada hari tu. Malaysia pun ada stall sendiri. Tapi bukan student malaysia yang buat. Seorang cina yang aku x kenali. Ada satu hidangan tu namanya Langkawi Spezial. Babi pun ada jual....haha. Kami tak makanlah dekat stall tu. Tapi kami makan dekat stall orang Indonesia, kawan baik kami juga kat sana. Dapatlah merasa rendang daging, sate, gado2, murtabak dan macam2 lagilah.

Tak banyak sangat gambar yang aku tangkap hari tu. Tak pandailah nak tangkap gambar orang ramai2. Bila nak tangkap rasa segan dan was2. Takut pula kalau orang tak suka. Aku masih tak tahu sangat tentang etika fotografi ni.Jadi kenalah berhati2 sikit. Pasar malam macam ni boleh jadi peluang untuk buat duit. Bayangkanlah sepinggan nasi dengan rendang saja berharga 4 euro, bersamaan 20 ringgit. Nak kata sedap sangat tu, biasa sajalah. Bolehlah buat lepas geram. Raya tahun ni pun aku tak balik.



Tengah pening kepala pasal next exam, aku terdengar satu lagu yang selalu housemate aku mainkan. Tajuk lagu tu Relax, Take It Easy nyanyian Mika. Aku tak taulah lagu ni selalu dimainkan dekat radio Malaysia atau tak. Nak kata sedap sangat takdelah, tapi bolehlah. Pulak tu kena dengan timing musim2 exam ni. Kalau rasa nak dengar klik la dekat link tu.

http://profile.imeem.com/zYrERw/music/Bn2V7-si/relax/



Quote:
-Thanks kepada semua yang letak komen
-to ayusafura: Ada keinginan gak nak bukak stall tapi clash dengan exam week...huhu....maybe next year

bersungguh btol bercerita.. nice~ btw, all the best 4 ur next xam.. kart ner nih? Nurnberg eyh? slambe jerk teke
Re: me kart new zealand.. nak p? meh r.. currency rendah jerk compared w ur place.. (klu btol r u r in germany)
Sat 21-Jul-2007 11:24
Posted by:ira  - [Link]
mmg sernot dpt mengembara ke tempat org ni.... Sat 21-Jul-2007 16:57
Posted by:The Moments of Truth  - [Link]
boleh la senang2 buka stall msia kt ctu... msak nasi kaw kaw nye.. nasi krabu ke, nasi ayam ke..nasi goreng pun dah ckup laku dah kot... ^___^ Sun 22-Jul-2007 04:23
Posted by:ayusafura  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 10-Jul-2007 14:15 Email | Share | | Bookmark
koleksi musim bunga

Baru lepas exam pagi tadi. Alhamdulillah dapat buat dengan baik. Harap2 aku dapat lulus. Paper tu pun lulus gagal je. Next exam will be on next Tuesday, which means 7 days from now.

Untuk rehat2kan otak aku pun main dengan photoshop. Teringat pula gambar2 lama yang aku tangkap waktu musim bungan hari tu. Aku pun gabung2kanlah menjadi kolaj yang tak seberapa ni. Lama jugalah masa yang aku ambil untuk buat benda ni. Adalah dalam 3 jam. Maklumlah aku ni masih kurang mahir dengan photoshop. Leceh sikit sebab nak kena crop and resize utk dapatkan gambar kecil2 tu.

So sudi2lah tengok gambar tu. Senang2 letakkan lah komen korang.




Quote:
-Terima kasih kepada kepada semua yang komen.
-To Bro Alchemist, thanks for the link. Memang gempak giler editing 100 jam tu. Nak buat satu kuda je pakai 8 ekor kuda.
-To Husaini: Saya asal Taiping tapi skang belajar di Nuremberg, Jerman
-TQ bro kenitra
-To kak intan. Kat Kamunting actually. Kat Kg Expo. Ramai kak bebudak dari perak yang blajo kat sini
-To bro marashido: Ramai student malaysia, mungkin pernah jumpa dia tapi tak perasan

bro..musim apa Germany skrg..sini dah masuk musim panas..
bro saya pun ada koleksi bunga yang seakan-akan koleksi bro..
kalau sudi jenguk-jenguklah FP saya....
apa-apa pun..saya suka dengan hasil kerja saudara..teruskan..
Sat 28-Jul-2007 10:58
Posted by:kamachan  - [Link]
best la u punya cerita. tapi apahal pendeknye Sun 5-Aug-2007 10:22
Posted by:meiza meiza_totallyspies@yahoo.com.my
nice photos....kalau ditambah dengan bunga sakura yang sedang mekar lagilah cantik....... Tue 29-Jan-2008 07:02
Posted by:Dyg Nuriza dwna2001@hotmail.com
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 3-Jul-2007 10:34 Email | Share | | Bookmark
Rarindra Prakarsa

Esok nak exam, tapi aku masih boleh bermain dengan ps. Apa nak jadi ni. Entahlah, semenjak dua menjak ni aku begitu asyik bermain dengan ps. Baru buat satu soalan, buka ps, tengok flickr macam2 lagilah. Nak kata dah confirm boleh jawab esok tak juga.

Aku tertarik dengan karya2 seorang photographer bernama Rarindra Prakarsa dari Indonesia. Cara beliau memanipulasi sesuatu gambar begitu mengkagumkan. Beliau memiliki stail editing yang tersendiri. Ramai yang teruja dengan karyanya itu da cuba untuk meniru gayanya termasuklah aku.

Sudah lama aku mengkaji dan mencuba teknik2 untuk mendapatkan gambar sepertinya. Namun cubaan aku gagal belaka sehinggalah aku terbaca suatu forum yang membincangkan salah satu daripada hasil karyanya di photo.net. Di situ jugalah beliau telah mendedahkan kaedah yang digunakan. Tidak sangka, kaedah yang digunakannya amat mudah sekali. Hanya menggunakan dodge and burn di samping pengubahsuaian pada colour balance dan saturation. Dan cara yang sama telah aku aplikasikan untuk menghasilkan karya aku kali ini. Mungkin hasilnya tidak begitu memberangsangkan seperti hasil Rarindra tetapi bagi aku aku telah belajar sesuatu daripadanya. Mungkin dengan lebih banyak latihan akhirnya aku akan menjadi sepertinya.

Bagi sesiapa yang ingin melihat hasil kerja Rarindra dengan lebih dekat lawati http://photo.net/photodb/member-photos?user_id=2231437&include=all



Gambar asal


Quote:
-Terima kasih semua yang bagi komen.
-Actually nak buat gambar ni xdelah susah sangat. Cuma guna dodge n burn. Pastu brush pada opacity yang sgt rendah utk buat kabus. Tukar selective colour. Tambah sedikit efek diffusion. Tapi lama juga masa yang diambil.
-Kabus tu nampak x real sebab x rata. Mungkin kalau pakai gradient tool lebih realistik.
-To Desa: Actually takde tutorial spesifik berkenaan kaedah yang digunakan oleh rarindra sendiri. Tapi adala forum yang membincangkannya seperti link di bawah. Dalam forum tu rarindra ada memberitahu serba sedikit cara2nya. Selamat mencuba

http://www.photo.net/bboard/q-and-a-fetch-msg?msg_id=00IxFh&tag=200612090812

bro.... ko memang hebat.... tabik gua buat lue... ajar gua mcm mana nak edit gambar mcm nih..... cantik sangatlah.... or ko bagi link kat mana ko belajar.... kalau sudi berkongsi ilmulah Fri 27-Jul-2007 00:21
Posted by:peveyhack pevey_hack@yahoo.com  - [Link]
see my gallery at: www.fotografer.net
atau search di google : tomi fachrurrazi.
jangan pernah menyerah untuk mencoba!!!
salam dari indonesia!!!
Sun 20-Jan-2008 06:19
Posted by:tomi fachrurrazi males_gwe@yahoo.com
eden dah try tp tk dapat gak la hasil nya
jd lain ckit la
ade tk lain2 tutorial yg leh memberi cara yang lebih baik
Mon 21-Apr-2008 07:39
Posted by:shahril atan mohdshahrilatan@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Sunday, 1-Jul-2007 15:01 Email | Share | | Bookmark

Semalam aku berpeluang untuk menyertai pertandingan bola sepak 6 sebelah anjuran Asian Comunity Nuremberg. Antara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Indonesia, Vietnam, Sri Lanka, Thailand dan satu pasukan campuran. Pasukan Malaysia diwakili oleh para pelajar Malaysia. Pasukan Malaysia telah muncul sebagai johan menewaskan pasukan Vietnam dan membawa pulang hadiah berbentuk wang sebanyak €333. Ini merupakan kali pertama pasukan Malaysia mengambil bahagian.

Sepanjang kejohanan, banyak gambar yang aku berjaya rakamkan. Namun begitu tidak semuanya memuaskan. Ternyata fotografi sukan memerlukan pengalaman yang tinggi. Justeru latihan yang banyak diperlukan. Di sini aku hanya memuatkan gambar2 terbaik yang aku rasakan. Kesemua gambar2 tersebut telah aku edit dari segi contrast, level, saturation dan sebagainya.

Pasukan Malaysia berbaju merah. Tidak banyak gambar yang aku peroleh dari pasukan Malaysia memandangkan aku turut bermain.











Untuk paparan yang lebih besar sila lawati http://www.flickr.com/photos/kembara85

Dah pandai susun gambar sekarang....Hehhee...
Gambar anda semuanya cantik......Saya suka......Good jobs bro....Teruskan merakam....
Mon 2-Jul-2007 01:21
Posted by:doubleukayes  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Jun-2007 12:43 Email | Share | | Bookmark
Lega

Alhamdulillah, lega sungguh rasanya apabila tugasan programming yang patut aku hantar esok sudah selesai. Mujurlah tugasan kali ini hampir sama dengan tugasan tahun2 sebelumnya. Bolehlah dijadikan rujukan. Bila program yang dibuat berfungsi, gembira dan puas rasa hati. Mana taknya, banyak masa dihabiskan, serabutnya tak terkata.

Aku pun tak sangka yang seorang jurutera mekanikal akan terlibat dengan benda ni. Selama ni aku ingat, jurutera mekanikal hanya bekerja dengan mesin2. Rupa-rupanya lebih dari itu. Menjadi seorang jurutera mekanikal memerlukan aku untuk mahir dengan bidang perkomputeran yang mana aku 'kurang' sedikit.

Untuk entry kali ni, aku letakkan gambar2 hdr yang telah aku buat. Gambar2 tu aku buat agak2 2 bulan lepas waktu aku belajar2 nak hasilkan hdr.


Gambar angsa yang ditangkap dekat tasik yang berhampiran dengan rumah.


Gambar kenang-kenangan sewaktu acara BBQ peringkat Nürnberg.


Gambar di sebatang jalan di Manchester. Lupa nama jalan. Ada gambar rakan yang bawa beg.


Pemandangan dari tingakap bilik aku. HDR digabungkan dengan Orton.


sebatang jalan tu namenye oxford road
nice editting~ keep it up!
Wed 20-Jun-2007 03:11
Posted by:amroose  - [Link]
Editing yg ngko buat ni menarik arr..buleh aku mintak tunjok ajo sikt dari ngko pasal phptoshop? Sun 22-Jul-2007 12:44
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
salams!
u hv nice "base photos" and you edited them well.
but if i may suggest laaa bro, try do lotsa street & natuire shots while u r there...orignal shot with "arts of seeing"....rugi kalau tak ambil kesembatan "preserve" the moments you are there...

editing tak salah tapi originality will last for ever - it is what our eyes saw in 2007 - the real thing.

just my suggestion la bro, gn marah ya?

nice fotopages..try la flickr...it is better, frankly!
Sat 28-Jul-2007 14:53
Posted by:the torque kyril.my@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 14-Jun-2007 22:32 Email | Share | | Bookmark
Grill

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum...

Sambil bosan2 menelaah Thermodynamic aku pun pun buka photoshop memandangkan ada idea baru sampai. Ahad lepas budak2 MARA segenap Bayern telah berkumpul beramai2 bagi memeriahkan acara BBQ tahunan dan untuk kali ni, Augsburg sekali lagi menjadi tuan rumah. Ramai yang hadir dan ramai juga yang tak dapat hadir. Maklumlah peperiksaan hanya tinggal beberapa minggu saja lagi, masing2 sibuk dengan persediaan, konon-kononnyalah.

Daripada acara tu banyak jugalah gambar yang aku peroleh. Tapi kebanyakannya bukan aku yang tangkap, kawan aku Fuad dari Rosenheim yang tangkap. Aku pula sibuk makan, yalah datang lambat punya pasal. Dia pula berminat sungguh bermain dengan dslr. Gayanya macam nak sambar satu.

Jadi, daripada gambar2 yang ada tu, timbullah idea untuk menghasilkan kolaj yang belum pernah aku hasilkan sebelum ini. Berbekalkan serba sedikit ilmu berkenaan dengan layer dan sebagainya, aku pun mulalah menghadap photoshop. Akhirnya terhasillah kolaj yang pertama. Tak tahulah nak kata cantik ke tak. Tapi bagi aku 'bolehlah' sebagai cubaan yang pertama.




Sekarang aku bukalah kepada sesiapa yang nak beri komen. Insyaallah dengan komen2 yang diberi, aku dapat buat yang lebih baik di masa hadapan.

nampak cam outing yang sangat best...hehehe... Sun 17-Jun-2007 03:02
Posted by:karmarulez  - [Link]
Add comment


Tuesday, 12-Jun-2007 12:47 Email | Share | | Bookmark
Dave Hill

Entah mengapa aku menjadi begitu rajin untuk bermain dengan photoshop. Walhal terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Exam pun tinggal 3 minggu saja lagi. Mungkin kerana terlalu bosan mengadap tugasan programming yang perlu aku hantar Isnin depan. Mana tidaknya, berjam2 aku duduk di depan komputer memikirkan macam mana nak siapkan tugasan tu tapi tak juga siap2. Aku tak berapa suka sangat dengan programming ni.

Cadangnya nak bermain2 dengan CS2 sekadar untuk rehatkan otak sebentar, alih-alih berjam2 pula jadinya. Tambahan pula aku baru belajar satu efek menarik daripada Dave Hill. Dave Hill tu nama orang yang menghasilkannya. Kaedah yang sebenar aku sendiri pun tak tahu, tapi aku terjumpa tutorial untuk menghasilkannya melalui photoshop. So, apa lagi, terus aku mencubanya. Aku bandingkan hasil yang aku peroleh dengan hasil daripada Dave Hill, ternyata jauh bezanya. Tapi sekurang-kurangnya hampir menyerupai dan aku puas hati.



Sesiapa yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat hasil efek ini bolehlah melawat ke laman web http://www.davehillphoto.com.

PAGE ENGKO MEMANG MELETUP...TEMPAT ENGKO SHOT PON LETUP-LETUP GAK...AKU SUKA TEKNIK NIEH....LEPAS AKU BUKAK PAGE ENGKO NIEH...AKU TERUS TRY WAT....TAPI AKU RASA MCM TAK MENJADIK JEK...APA PANDANGAN ENGKO?....OK KE TAK OK?...KALO TAK OK...CUBA KASIK TUNJUK AJAR SIKIT...SAYA BUDAK BARU BELAJAR... Mon 16-Jul-2007 19:35
Posted by:semut ipoh  - [Link]
kewl giler effect nie. nampak detail. aku ada apply gak effect nie dalam editing aku tp aku x brapa gemar la sgt touching sampai jadi cam dave hill style. nampak dah jd plastic. tp yg ko buat nie cun. detail. gud job bro Wed 18-Jul-2007 04:14
Posted by:Syahid (Oblind36) oblind36@gmail.com  - [Link]
salam..
allo bro... study mane?
Sat 28-Jul-2007 16:32
Posted by:hamba66  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 11-Jun-2007 14:11 Email | Share | | Bookmark
Entry pertama

Inilah entry pertama daripada aku. Setelah sekian lama memiliki sebuah akaun fotopages, akhirnya baru sekarang aku berkesempatan untuk meletakkan hasil karyaku yang tak seberapa. Maklumlah orang baru belajar. Sebenarnya aku lebih gemar menggunakan Flickr memandangkan lebih mudah untuk muatnaik gambar.



Aku bercadang untuk khaskan fotopages ni kepada gambar2 yang telah diedit. So, terimalah hasil pertama daripada aku.
Gambar ni ditangkap sewaktu aku berkunjung ke UK dengan rakan2. Cuaca yang mendung benar2 menghadkan aku daripada mendapatkan pemandangan yang cantik. So aku edit gambar ni sesedap hati. Ini pula Stonehenge yang aku "hdr"kan.




Good job Safwan . I do HDRI too from time to time and I must say this looks good . Sun 17-Jun-2007 10:59
Posted by:ezdy
kirimkan file dave hill actionnya boss
thanks
Mon 22-Oct-2007 05:06
Posted by:wahid pptlwak@cbn.net.id
Add comment


[Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.